Wahai Mambang Kabinet; Mambang Rakyat Undi Masuk Parlimen; Mambang Jabatan Kerja Raya; Mambang Tenaga Nasional Tiap-tiap Bulan Aku Kena Bayar!
Baru-baru ini, bekalan tenaga elektrik ke kawasan Taman Overseas Union kerap terputus. Adakah ini sebab atau akibatnya harga bil elektrik seluruh negara "terpaksa" dinaikkan? Sudah dua kali ini berlaku semasa saya tengah guna komputer; satu kali semasa mandi. Tahukah anda semua betapa seksanya mandi dalam suasana gelap gelita?
Yang paling merisaukan adalah kemungkinan gangguan bekalan ini akan memudaratkan semua perkakas elektrik dalam rumah saya, khususnya komputer saya yang merupakan alat saya guna untuk cari makan. Saya pasti yang kamu semua tak akan menggantikannya sekiranya ia rosak.
Siapa dalang jenaka ini? Kalau bukan kerja Mambang Tenaga Nasional atau Mambang Jabatan Kerja Raya, ianya mungkin kerja Mambang Tukar Paip Air dari PUAS yang sedang berkeliaran di kawasan saya baru-baru ini. Mungkin juga disebabkan oleh jiran saya yang mempunyai sistem pendawaian yang rosak.
Negara ini bukannya sempurna sangat, tetapi saya tidak akan terima alasan bahawa ini satu "kebiasaan". Lebih-lebih lagi selepas mendengar khabar mengenai rancangan yang melibatkan Mambang Tenaga Nuklear. Dengan sikap dan cara kerja kalian semua yang membimbangkan, kebarangkalian besar nama sebuah daerah atau bandar negara tercinta ini akan menjadi semashyur Chernobyl.
Tolong selaraskan kerjasama di antara kalian semua dan pastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi, sebelum kena bahang Mambang Api Keluar Mulut.
Sekian, terima kasih.
O Spirits in The Cabinet; Spirits Voted Into Parliament; Spirits of The Public Works Department; Spirits of Tenaga Nasional (Electricity Board) That I Have To Pay Every Month!
Lately, the blackouts in Overseas Union Garden have been rather frequent. Is this the reason or consequence of the tariff hike? Blackouts have occured twice when I was using my PC; once while in the shower. Do you know the torment of having to shower in the dark?
The most worrying thing is that this might adversely affect all the appliances in the house, especially the PC, the tool so important in my line of work. I'm quite sure you won't replace it for me if it's damaged.
Who's behind this joke? If it's not the Spirits of the Electricity Board or Public Works Department, then it's probably the work of the Spirits of Pipe Replacement from PUAS (water management company) that have been lurking in my area lately. Or maybe it's just one of my neighbours with a faulty wiring system.
This isn't a perfect country, but I refuse to accept the excuse that all this is "normal". Even more so after hearing the news of your plans involving the Spirit of Nuclear Energy. With your worrisome attitude and the way you work, there's a good chance the name of some district or town in this beloved country will be as famous as Chernobyl.
Please get your act together and make sure this doesn't happen again, or feel the heat of the Spirit That Breathes Fire.
That is all, thank you.
Categories:
Uncategorised